Search

YAM Che’ Puan Khaleeda selaku Yang Dipertua Persat...

  • Share this:

YAM Che’ Puan Khaleeda selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor turut serta dalam program atas talian ‘Minggu Kesedaran Mental Kanak-Kanak PPPM Cawangan Johor’ yang telah diadakan pada hari ini, 7 Februari 2021.

YAM Che’ Puan Khaleeda turut berkenan menyampaikan titah ucapan mengenai bagaimana pandemik Covid-19 telah mengubah gaya hidup dan rutin harian ramai yang mana ianya pasti memberi tekanan dan boleh menjejaskan kesejahteraan mental kanak-kanak terutamanya apabila kini mereka terkurung di dalam rumah.

Semua pihak khususnya ibu bapa perlu menyediakan persekitaran rumah yang harmoni dan penuh kasih sayang. Ibu bapa juga perlu memantau perkembangan kanak-kanak dan peka dengan perubahan emosi serta simptom yang ditunjukkan.

Titah Yang Amat Mulia lagi, besar harapan Baginda agar kesemua ahli masyarakat mengambil berat tentang kesihatan mental dan fizikal kerana ia saling berhubung kait. Kesihatan yang baik mampu melahirkan individu yang produktif dan berdaya saing sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat dan negara. Allah Berkati Johor.

———

HH Che' Puan Khaleeda as Yang Dipertua of the Johor Girl Guides Association Malaysia (GGAM) took part in an online programme called 'Children's Mental Health Awareness Week with the Johor GGAM' today, 7 February 2021.

HH Che' Puan Khaleeda also delivered a speech on how the Covid-19 pandemic changed people's lifestyles and daily routines, where it pressures and affects children's mental health when they are locked inside the house.

Everyone especially parents must create a harmonic and loving environment at home. Parents should also monitor the children's development and be aware of any change in emotions or any symptoms shown.

Furthermore, Her Highness also decreed for all members of society to place more emphasis on mental and physical health due to its intertwining nature. Good health can lead to more productive and competitive individuals, which would have a positive impact on society and the country. Allah Peliharakan Sultan.


Tags:

About author
not provided